About a Boy

Kehidupan yang ku lalui penuh dengan duri onak dan cobaan, Seringkali aku berkata-kata kepada diri-ku ini sampai bilakah aku harus terima ini sebagai dugaan bagi ku? Sekarang aku cuba berubah dan perbetulkan apa yang tidak kena kepada diri aku selama ini.


Somehow, i have some little problem. It’s too personal to reveal here, although i know there will be no one to read, analyse or notice about it. But, the uncomforted will still live inside me. :)

Dalam hidup ni, kita terlalu banyak memberi kepada orang, sehingga bila tiba satu masa dan saat, kita di pijak orang kerana terlalu ‘baik’. Hendak menjadi baik payah, tak jadi baik pun payah. Betul, bukan senang nak senang dan bukan susah untuk susah. 

Bila kita cuba bersikap tegas, ada yang kurang senang dan tidak suka dengan tindakan sebegitu. Bila di beri layanan istimewa, baik dan bertolak-ansur, di anggapnya itu sebagai tempoh membunuh jiwa kita. Jiwa kita yang asalnya memang jernih tiada unsur benci sekalipun, tiba-tiba bertukar hangus menghitam. Aduhai, sukarnya untuk menjaga hati dan jiwa kita sendiri. Sedang Tuhan Maha Besar menjaga setiap manusia yang Dia kehendaki di atas bumi ini. Terasa kerdil yang amat, Ya Allah ampuni aku.

Aku tidak mengharap dapat layanan yang indah seperti bidadari melayan para penghuni syurga di sana, aku cuma harapkan sebungkus kefahaman untuk dibuka dan dihiaskan pada diri aku, dia, kamu, dan kita semua.

iChat