About a Boy

Kehidupan yang ku lalui penuh dengan duri onak dan cobaan, Seringkali aku berkata-kata kepada diri-ku ini sampai bilakah aku harus terima ini sebagai dugaan bagi ku? Sekarang aku cuba berubah dan perbetulkan apa yang tidak kena kepada diri aku selama ini.


Sedang aku perhatikan di luar tingkap aku, kelihatan 2 ekor burung pipit sedang berehat di atas tembok, alangkah bahagia nya mereka berdua, kemana sahaja tak kira hujan panas ribut petir, pasti mereka berdua-an. 


Bayangkan, burung yang tidak tahu memikir, tapi mereka mempunyai kasih sayang antara satu sama lain, kenapa kita sebagai manusia ini tidak mampu memberi kasih sayang? dan menjaga hati pasangan masing-masing. Kalau lah aku boleh menjadi burung itu, pasti aku happy selalu, yang tidak memikir kan mcm2 hal. Beterbangan bersama, berkicauan bersama, dan memiliki anak bersama. Tapi aku juga harus bersyukur kepada tuhan, aku di lahirkan sebagai seorang manusia, yang harus pandai mencari apa itu kehidupan yang sebenarnya.


Sudah aku jangkakan ini pasti akan berlaku, dan sememang nya aku sudah bersedia dari awal. Takala aku duduk kebosanan kat sini, apa yang harus aku lakukan adalah, cuba melupakan apa yang tersirat di dalam kepala aku. Cuba memfokus kan benda yang ingin kan. Aku bukan seorang lelaki yang lemah, dan aku bukan lelaki yang senang di permainkan. Aku adalah aku, aku ingin hidup seperti org lain, yang ingin kebahagian, dah tiba masa nya aku ketepi kan benda yang tidak akan menjamin kebahagian aku kelak. 

iChat