About a Boy

Kehidupan yang ku lalui penuh dengan duri onak dan cobaan, Seringkali aku berkata-kata kepada diri-ku ini sampai bilakah aku harus terima ini sebagai dugaan bagi ku? Sekarang aku cuba berubah dan perbetulkan apa yang tidak kena kepada diri aku selama ini.


Ya allah ya tuhan ku.. kau panjang kan lah umur mak ku, dan murahkan lah rezeki nya, aku sedar selama ini aku tidak pernah menunjukan betapa sayang nya aku kepada nya..

Selamat ulang tahun ke 51 mama. ayoi sayang mama!

Hari ni tak ada yang nak aku blog kan disini, badan tak mengizin kan aku buat byk benda, gara2 semalam aku berjogging pagi dan petang, dan skrg ambik! aku demam... haha! 


hmm anda pilih yang mana kekasih atau kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari. Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk. Bagaimana pula dengan kekasih? Adakah hanya dengan senyuman sahaja anda akan dapat kekasih? Tidak kan? Kekasih ibaratkan sebahagia dari hidup kita yang tak ternilai, dan tak semudah itu anda ingin menjaganya, banyak cabaran yang perlu anda tempuh, tapi dengan semangat dan kesabaran yang kita ada, kekasih yang kita miliki itu akan menjadi orang yang paling bermakna dalam life kita, mungkin dia menjadi ayah atau ibu kepada anak kita kelak. Bagaimana dengan kawan anda pula? dia mampu memberi segala2nya yang anda ingin kan? adakah kawan anda itu seorang yang homo yang sanggup sehidup semati dengan anda? itu jikalau kawan anda tidak mempunya kekasih. Jikalau ada? bagaimana anda ingin dia bersama anda? so renung2kan lah..


Dari jam 6 pagi sudah aku bangun untuk memula kan sesi amalkan cara hidup sehat, yang selama ini tak pernah aku terbayang2 di dalam fikiran ku, yea aku sedar bahawa aku ni seorang yang malas untuk bersenam untuk mengeluarkan peluh walaupun untuk beberapa minit sahaja, tapi alhamdulillah hari ini aku dapat tunai kan permintaan badan aku sendiri yang memerlukan kecerdasan yang bagus. Pulang ke rumah dalam sekitar 8 pagi, perhh... agak lama jugak aku berjoging, bayangkan lah entah berapa pusingan telah aku buat dalam masa 6pagi - 8pagi. Aku tekad di petang hari juga aku ingin bersenam juga, ternyata itu bukan satu omong2 kosong. Aku gagah, walaupun badan aku keletihan, dari sekitar kul 7 petang aku mula berjogging sampai lah jam 8. Cukup untuk 1 jam kali ini, badan aku tidak bermampu menahan nya lagi.

Termengah2 dibuat nya, tapi aku amat berbangga dengan diri aku, walaupun aku terperap di dalam bilik, sesekali berjoging di luar sambil ambil angin, bagus jugak kan? at least aku tidak sia2 kan masa aku tu terbuang begitu sahaja. Aku baru pulang dari jogging, sambil update blog aku ini, sambil mendengar lagu yang tak pernah jemu2 mendengarnya. :) 

selamat beristri rehat..


Kain pelekat yang ku pakai dan ku bawa dari rumah nya masih berbau seperti berada di dalam bilik nya. Walaupun sudah 4 hari aku tidak berjumpa, tapi kain pelekat ini membuat aku dekat kepadanya..


Suara, senyuman, pelukan, ciuman masih ku rasa kan pada malam ini.

selamat malam..

lagu yang entah berapa kali aku ulang (Padahal aku selalu ada) . Entah knapa aku begitu menghayati sangat lirik nya, sampai fikiran aku melayang2 , dari pagi sampai lah kemalam lagu itu masih kedengaran di telinga aku. Mungkin lagu ini ingin menyampai kan sesuatu yang perlu seseorang tahu bagaimana aku menyayangi diri nya. Entah knapa aku begitu bosan sangat pada malam ini, kerana selalu nya ada sahaja aku ingin melihat dan menonton di youtube atau sesekali bukak facebook aku, cuma skrg aku langsung tiada mood untuk buka youtube apatah lagi facebook aku yang telah deactive. Aku bukan saja mengada nak tutup, cuma ini adalah jalan yang terbaik untuk aku, menjauhi dari melihat gambar2 yang tak sepatut nya aku lihat. Aku sedar dan aku tau aku begitu buta kalau bercinta, yang aku hanya tahu ingin menyayangi seseorang, tapi aku sedar aku ni adalah siapa untuk di banding kan dengan diri nya. Life nya begitu colourful yang sempat dia memberi offline msg kepada aku. Dia punya kawan yang happening, tak seperti aku yang tidak punya kawan yang begitu happening dan baik. Sebab itu lah aku tidak ada kawan. Memandang kan kau tahu aku tidak mempunyai ramai kawan, kenapa kau tidak berfikir kau lah satu2 nya kawan yang aku ada? The point is, kau patut tahu kau sorang sahaja segala2 nya bagi aku, bukan setakat kawan sahaja tapi kau bagai soulmate aku. 


Mungkin ini adalah takdir, takdir yang menentukan segala2nya apa yang akan datang dan pergi. Tapi aku tidak boleh menyalahkan takdir yang menentukan hidup aku, aku juga harus cari iktiar bagaimana aku ingin hidup yang begitu tenang yang tidak banyak memikir kan masalah aku ini. Aku disini bagai orang yang lifeless, dari pagi ke malam hanya pc tempat aku mencurah kan segala2nya, satu hari nanti aku akan bukti kan kepada semua org, aku mampu lakukan sesuatu atas diri aku ini sendiri. 

iChat