About a Boy

Kehidupan yang ku lalui penuh dengan duri onak dan cobaan, Seringkali aku berkata-kata kepada diri-ku ini sampai bilakah aku harus terima ini sebagai dugaan bagi ku? Sekarang aku cuba berubah dan perbetulkan apa yang tidak kena kepada diri aku selama ini.

Nenek(Mak) aku telah pergi meninggal kan aku sekeluarga dan saudara mara pada hari ahad bersamaan 12th January 2003.
Mak pergi tanpa aku sedari, aku tak sangka, aku terkejut, walaupun arwah ada menyebut nama ku berulang kali sebelum menghembuskan nafas nya yang terakhir. 
Meninggal dalam keadaan yang arwah juge tahu akan tetapi arwah tidak mahu menyusah kan anak-anak dan cucunya.

Mak pergi kerna sakit(cancer), sakit yang aku tidak tahu akan keperitanya
Hanya mak sorang yang tahu, yang tanggung, kasihan arwah
Ayoi akan merindui mak,
Tiada lagi mood untuk berhari raya, tiada lagi daging goreng berlada kegemaranku

Mak.. ayoi sedar selama mak masih ada, ayoi langsung tidak menunjukan yang ayoi sayang atau care dengan mak,tapi hakikatnya dlm hati ini, hanya tuhan sahaja yang tahu. Sampai sekarang ayoi masih merindui mak, sometimes ayoi memerlukan mak untuk berbual,bercerita, ketawa bersama.. tapi apa kan daya itu semua tidak mungkin berlaku kan mak? mungkin suatu hari nanti, kalau diizin kan tuhan, kita berjumpa di dunia lain.

Maaf kan ayoi mak.. maaf kan ayoi kalau ayoi tiada di sisi mak, sedang kan mak cuma bertahan untuk bernafas lagi di bumi ini. maaf kan ayoi. 
Sedih, amat sedih

0 comments

Post a Comment

iChat