Sekarang dah jam 5.40 pagi smthg like that la, but aku masih disini depan pc,menaip untuk blog kesayangan aku, aku tak boleh nak tido la, bukan aku memain, kalau boleh aku nak jer aku cungkil mata aku ni seperti kasim selamat, habis cerita sampai bebila pun dunia aku gelap gelita.
Aku bukan apa, tadi memang aku dah tidur, tetiba aku terjaga sebab dengar bunyi petir kuat gila, dengan hujan lebat nya, aku terus terjaga dari tidur, aku terfikir apa lah yang dia tengah buat sekarang kan, mesti dia ketakutan, Ya allah kau lindungi lah dia.. Eh siapa dia yang aku maksud kan ni? alah tak payah sebok lah kau, banyak pulak pertanyaan kau nak tanya, kalau nak tanya pergi kat kaunter pertanyaan, senang citer, hehe bodoh punya loser, nak buat lawak tak reti. Siapa? aku lah bodoh!
Act, aku bukan apa, mungkin selama ini, dia tak pernah tau yang sebenar nya aku ambil berat tentang dia, walaupun jenis aku ni tak suka nak tunjuk kasih dan sayang aku tu kat seseorang yang aku sayangi, korang faham tak maksud aku ni? ha ni lah dia Jiwang bin Karat. Cuba sekarang aku sedar, bahawa hidup kau tu lebih gembira bila aku tiada, ce ce ce wahhh! Ayat kemain berbunga-bunga macam bunga tahi ayam! haha
Eh aku serious ni, korang jangan lah persendakan aku, aku tengah ada mood ni nak type, okay aku sambung, aku lihat kau gembira bersama kawan-kawan kau, cara pemakaian kau pun sudah berbeza dari apa yang penah kau pakai bila bersama aku. Kau sanggup meluangkan masa berkaraoke berjam-jam lama nya dengan kawan, sedang kan dengan aku pun kau kelihatan boring teramat sangat, walaupun aku hanya nyanyi 2 3 lagu.. hurm
Entah lah, mungkin ini dikatakan takdir tuhan, dan mungkin hati kau sudah tertutup buat selama-lamanya. Eh berenti kejap, ada iklan. Aku tengah sakit perut gila ni, semalam aku makan soup ayam. Tak tau la, sakit perut sebab salah makan ke atau aku tengah lapar ni. Dah la rasa nya aku nak sambung tidur balik, hujan pun dah mula berenti. So Selamat malam.
